Sunday 10 March 2013

BUKU INI




YA ALLAH AKU TAK INGIN SENDIRI

CINTA ITU IBARAT AIR MATA DAN TANGAN TATKALA AIR MATA ITU TURUN TANGAN ADA UNTUK MENYAPU..CINTA ITU IBARAT ORANG BUTA YANG ZAHIRNYA TAK DAPAT DI LIHAT TAPI BATINNYA DAPAT DI RASA..CINTA ITU JUGA IBARAT NOVEL SETIAP EPISODNYA  ADA INDAH,,GEMBIRA,SUKA,DUKA,GILA  DAN PELBAGAI RASA YANG TAK DAPAT DI UNGKAP..INILAH ANUGERAH TAK TERNILAI DI BERI UNTUK SEORANG MANUSIA HANYA HATI YANG TULUS DAPAT MERASAI BETAPA BERMAKNANYA SEBUAH CINTA


Di suatu petang yang tenang dan indah tiba-tiba tangan aku terasa laju ingin menaip dan meluahkan sesuatu yang aku rasa aku nak sangat luahkan


Assalamualaikum pembuka kata 

nie lah bukunya :)

Buku ini aku beli sempena dapat vaucer 1 MALAYSIA kahkah ! masa aku masuk kedai POPULAR kat PARADE tempat yang selalu GENG JKR aku lepak bila kami bosan masuk punya masuk pilih punya pilih tiba-tiba aku tertarik dengan satu buku yang cukup menarik perhatian aku


Tajuknya YA ALLAH AKU TAK INGIN SENDIRI dari BURHAN SODIQ sebuah buku motivasi yang memberi seribu satu erti yang cukup mendalam bagi seorang wanita ataupun seorang manusia serta banyak memotivasikan diri supaya redho dan terima dengan takdir yang di tentukan oleh ALLAH 


Dalam buku nie sebenarnya ada benda yang tertarik untuk aku kongsikan di sini perkara yang aku rasa tak semua orang pernah ambil tahu tentang


 KENAPA TUHAN JADIKAN WANITA ITU ISTIMEWA


Jawapannya :

Dia yang di ambil dari tulang rusuk . Jika Tuhan menyatukan dua orang yang berlawanan sifatnya , maka itu akan menjadi saling melengkapi . Dialah penolongmu yang sepadan , bukan teman ketika terdesak yang sepadan . Ketika pertandingan dimulakan , dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu . Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas dari tanganmu . Dialah yang akan menutupi kekuranganmu .Dia ada untuk melengkapi yang tidak ada dalam lelaki : perasaan , emosi , lemah lembut ,keindahan , kecantikan ,rahim untuk melahirkan , menguruskan hal-hal rumah tangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal itu , dialah yang akan menyelesaikan bahagiannya…sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalankan sisa hidupmu…kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu . Jika ada makhluk yang sangat berlawanan dengan sifat lelaki itulah perempuan . Jika ada makhluk yang sanggup menakluki hati hanya dengan sebuah senyuman , itulah perempuan . Dia tidak perlu hujah yang hebat daripada seorang lelaki…tetapi dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi , tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi . Dia tidak tertarik kepada fakta-fakta yang tepat . Bahasa yang teliti dan logik yang dapat di sampaikan secara lengkap daripada seorang lelaki . Tetapi yang dia perlukan adalah perhatiannya…Kata-kata yang lembut…Ungkapan-ungkapan sayang yang mudah…Namun baginya sangat bererti hingga membuatnya aman di dekatimu…Batu yang keras dapat terkikis habis oleh air yang mengalir . Sifat lelaki yang keras terimbangi oleh kelembutan perempuan . Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai di bandingkan dengan pohon yang besar dan rendang . Seperti juga di dalam kelembutannya , di situlah terletaknya kekuatan dan ketahanan yang membuatnya dapat bertahan dalam situasi apapun . Dia lembut bukan untuk di pijak . Rumput yang lembut akan di naungi oleh pohon yang kukuh dan rendang. Jika lelaki berfikir tentang perasaan wanita , itu selama dari hidupnya . Namun jika perempuan berfikir tentang perasaan lelaki, hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya . Kerana perempuan di ciptakan dari tulang rusuk lelaki . Kerana perempuan adalah sebahagian dari lelaki . Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya, akan menjadi bahagian dari hidupmu . Keluarganya akan menjadi keluarga barumu . Keluargamu akan menjadi keluarganya juga . Sekalipun dia jauh dari keluarganya , namum ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir dan di besarkan di sana. Kerana mereka dia menjadi seperti sekarang ini . Perasaannya terhadap keluarganya , akan menjadi bahagian dari perasaanmu juga. Kerana kau dan dia adalah satu . Dia adalah dirimu yang tidak ada sebelumnya . Ketika pertandingan di mulai , pastikan dia ada di bahagian yang sama denganmu . 

Dari apa yang aku baca nie aku tahu betapa mulianya menjadi seorang wanita aku bersyukur pada ALLAH kerana di ciptakan sebagai seorang wanita kerana wanita lah kekuatan untuk segalanya dari fizikal hanyalah nampak lemah tetapi dari batinnya dialah yang paling kuat


Oleh itu , hargailah seseorang wanita itu sebelum dia pergi dari hidup kita kelak kita akan tahu juga betapa bermaknanya wanita itu pada kita



No comments:

Post a Comment