Saturday 23 March 2013

PEDOMAN HIDUP



NASIHAT UNTUK CALON ISTERI

Jagalah kemuliaanmu . Jangan pernah kamu menyakiti ayah dan ibumu . Bila kamu berkahwin , maka hormatilah suamimu dan hargailah ucapannya . Jaga kehormatan suamimu kerana engkau adalah laksana pakaian baginya yang mampu menampakkan kebaikannya dan menutupi kekurangannya . Pergunakanlah waktu kedatangannya dari pekerjaannya . Jadilah seseorang yang menyenangkan dengan senyum dan kasih sayangmu padanya . Jangan pernah kau durhaka pada suami dalam keadaan apa pun , khususnya di masa dia sedang dalam keadaan susah . Ingatlah WANITA DIKATAKAN GOLONGAN PALING MUDAH MENDAPATKAN SYURGA sekali gus PALING MUDAH MENDAPATKAN BAHAGIAN NERAKA . Mudah baginya memasuki syurga kerana dia hanya perlu berbuat kebaikan dan taat kepada suaminya dan mudah baginya mendapat balasan neraka apabila dia menderhakai serta menghina suaminya sendiri . Oleh kerananya , peluang inilah yang harus kau rebut dengan taat dan menghargai suamimu . Keras kepala dari kedua belah pihak hanya dapat diselesaikan dengan keputusan hubungan suami isteri dan itu sangat tidak baik untukmu.Perlakuan keluarganya dengan semua yang baik . Hormatilah ibunya dan ketahuilah bahawa dia tetap menjadi ibunya walaupun dia kini telah menjadi suamimu . ALLAH telah mewajibkan suamimu untuk tetap taat kepada ibunya dan mencintainya dengan tulus sebagaimana kelak anak keturunanmu pun diwajibkan hal yang sama terhadapmu . Hormati pula ayahnya dan jadikanlah dia laksana ayahmu .Anak-anakmu adalah bahagian dari tubuh dan darahmu . Jadikanlah prioriti utamamu untuk menjaga mereka dengan penuh kasih . Jadikanlah pula mereka generasi yang bahagia dan mencintai negerinya dan keluarganya . Engkau adalah ratu di rumahmu dan engkau mengendalikan kerajaan kecil di rumahmu . Kerananya kau siapkanlah kemampuan hingga kau mampu menanggung amanah tersebut dan  kau pun kelak mendapat keredaan ILLAHI . INSYAALLAH :)


NASIHAT UNTUK CALON SUAMI 

Jadilah kau raja di rumahmu . Cintailah isterimu dengan tulus dan jadikanlah dia sebagai ratumu . Buat dia bangga menjadi permaisuri di kerajaanmu dengan berlandaskan cinta kasih dan ketaatan kepada ALLAH . Berikanlah dirinya makanan yang cukup dan persembahkan untuknya berbagai jenis pakaian . Belikan untuknya minyak wangi kerana wanita menyukai minyak wangi . Buatlah dirinya bahagia selama kau hidup dan berilah nafkah yang baik dan halal untuk isteri dan anak-anakmu . SESUNGGUHNYA SEORANG ISTERI LAKSANA CERMIN BAGI SUAMINYA DAN MENJADI BUKTI AKAN APA YANG DIUSAHAKAN DALAM MENCAPAI KEBAHAGIAAN ATAUPUN KESENGSARAAN . Engkau adalah laksana pakaian baginya yang mampu menampakkan kecantikan diri dan peribadinya serta menutupi setiap kekuranganmu . Jangan terlalu keras dalam rumah tanggamu kerana isteri diciptakan dari tulang rusukmu , bahagian dari dirimu . Tulang rusuk berada di tempat yang terlindung sehingga isterimu pun ada untuk kau lindungi . Sebagaimana tulang rusuk yang bengkok , berwasiatlah yang baik terhadap isterimu kerana jika engkau keras dalam meluruskan maka ia akan patah dan jika engkau biarkan maka selamanya ia akan bengkok . Engkau adalah iman dan pemimpin dalam keluarga sehingga berilah contoh yang baik . Sikap lemah lembut akan mampu menggetarkan hati wanita di saat ia melakukan suatu kesalahan ataupun saat ia melakukan suatu perbuatan buruk . Berikanlah apa pun yang diinginkan selama kau mampu mewujudkannya . Berikan pula padanya kesenangannya sehingga ia pun akan menyenangkanmu dan membuatmu bahagia . Bila tidak demikian maka hidupmu akan hancur berantakan . Dekatkan dirimu kepadanya dan panggillah dirinya dengan panggilan yang menyenangkan . Ingatlah , SEBAIK APA PUN ISTERI YANG ALLAH KIRIMKAN UNTUKMU , KALAU FIKIRAN SIBUK MEMBAYANGKAN TENTANG KEKURANGANNYA MAKA  ENGKAU AKAN DAPATI KEKURANGAN DAN KEBURUKAN SEBANYAK YANG ENGKAU SANGGUP MENCATATNYA . AKAN TETAPI JIKA ENGKAU MENYIBUKKAN DIRI MELIHAT KELEBIHANNYA DAN KEBAIKANNYA , MAKA ENGKAU AKAN DAPATI KEBAIKAN SEBANYAK YANG ADA PADA DIRINYA DAN ITU AKAN MEMBAHAGIAKAN HIDUPMU . Oleh kerana itu , hormatilah dirinya dan tunjukkanlah kasih sayangmu yang konsisten .

KATA-KATA UNTUK  KITA JADIKAN PRINSIP HIDUP  SEBAGAI SEORANG MANUSIA :)
 

No comments:

Post a Comment