Sunday 17 August 2014

MASIH MENCINTAINYA


MASIH MENCINTAINYA

Ini untuk awak :

Jika teringat tentang dirimu berlinang air mataku
Ku rindu saat saat bersamamu kasih sayangmu padaku
Namun kini kau bukan milik ku dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu agar kau bahagia bersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu mendua ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya kerna kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa untuk melupakannya kerna ku masih menyintainya

Wahai diari hatiku

Aku tak tahu nak tabah nak kuat macam mana lagi semakin aku cuba untuk lupakan semakin aku rasa hati nie dekat hati nie rindu entah kenapa ya allah cukup kuat dugaan yang kau beri ya allah

Setiap kali aku nak elak aku ingat semula mesti tak boleh tibe tibe balik kelmarin uncle bus lalu jalan lama dari situ terimbau balik kenangan balik ipoh naik motor dengan dia di setiap jalan aku tahan untuk tak nanges takot takot orang dalam bus nampak

Petunjuk apa yang kau nak tunjukkan ini ya tuhanku ?

Aku kuatkan diri aku untuk tak menitiskan air mata tapi ia tetap menitis jua sungguh aku lemah untuk tempoh semua ini aku cuba untuk senyum hepy depan kawan kawan untuk sorokkan apa yang bergolak dalam hati nie  

Kenapa aku ya allah ? kenapa aku yang di takdirkan untuk jumpa dengan dia ?

Aku tahu aku tak layak untuk rasa rindu rasa cinta rasa kasih untuk seorang lelaki macam dia siapa diri aku nie jika nak di bandingkan dengan perempuan perempuan kat luar sana sekali pun aku rasa dia tak akan pandang perempuan macam aku nie

Kalau boleh aku nak doa biarlah aku excident and hilang ingatan tentang kisah kisah silam aku biarlah aku tak ingat semua nie tapi aku tahu allah maha mengetahui isi hati hambanya aku redha dan aku tahu pasti ade hikmah untuk semua nie  


Setiap hari aku doa semoga allah ampunkan dosanya and beri kebahagiaan bersama insan yang dia sayang untuk selamanya walaupun sakit dengan apa yang aku rasa aku redha jika itu yang membuatkan dia bahagia aku tahu allah dah rancangkan yang terbaik insyaallah . 

Saturday 9 August 2014

SABAR ITU INDAH


SABAR ITU INDAH

Assalamualaikum wahai diariku ,

Ya allah tuhan ku kau tunjukkanlah aku ke jalan yang benar kau tunjukkanlah aku keputusan yang baik untuk hidupku ini ya allah kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menempoh semua ini sesungguhnya engkau tahu apa yang terbaik untuk hidupku jika tangisan ini yang akan memberikan kebahagiaan di masa akan datang aku redha ya allah

Selama ini aku cukup kuat untuk menempuh apa jua keadaan yang terjadi aku jatuh dan lemah suatu ketika dulu tapi aku tetap bangun bangun dan terus bangun apa jua yang aku hadapi aku telan walau pun pahit walau pun perit walau pun susah tak ada siapa yang tahu apa yang tersirat di hati ini hanya senyuman yang terukir di mata mereka tetapi dalam diam aku menangis mengenangkan apa yang terjadi

Aku hanya wanita biasa yang hanya dahagakan kebahagiaan kasih sayang aku tahu aku banyak kelemahan banyak kesilapan pada suatu ketika dulu aku bodoh dalam mengenal erti cinta erti sayang aku juga bukan wanita yang baik segalanya aku simpan dan sampai bila bila tak akan aku lupa

Aku tak tahu macam mana aku nak mulakan macam mana aku nak cakap macam mana aku nak jujur aku takot dan aku malu tapi bile aku tak cakap tak jujur hati aku selalu tertanya dan rasa  bersalah aku akan terdiam and aku akan fikir segala salah salah aku selama nie adakah aku nie langsung tak layak ? adakah aku nie bukan yang terbaik ? aku tak tahu macam mana lagi nak tutup segala kekurangan aku and bahagiakan orang yang aku sayang

Sepanjang hari aku asyik berfikir adakah ini yang terbaik untuk aku dan dia ? adakah ini yang patut aku terima setelah aku bersabar walau hinaan dan penipuan yang di beri sebelum ini ? walau apa pun dia buat aku tetap maafkan dengan seikhlas hati aku and aku tetap terima dengan redha

Aku merendah diri bila di ketuk mengenai ex ex dia semuanya lawa lawa dan bukan calang calang perempuan bila dia cerita aku rasa malu dan aku terfikir adakah dia pun malu juga dengan aku sebab aku nie tak ada rupa ? sampaikan aku rasa aku tak nak siapa siapa pun kawan kawan dia yang tahu takot takot dia malu

Aku terima dia seadanya baik buruk dia walau pe jua keadaan dia dahulu dan sekarang bukan sebab aku sayang bukan sebab cinta tapi sebab memang sejak kami kenal aku dah terima dia seadanya semoga allah beri kekuatan atas semua ini aku percaya apa yang rancangkan adalah terbaik untuk aku dan ada hikmah di sebalik apa yang terjadi

Ya allah ampunilah segala dosa dosa ku sesungguhnya aku tahu aku tak layak untuk syurgamu engkau ampunilah dosa dosa ku terimalah taubatku ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku tunjukkanlah aku ke jalan yang benar jika dia benar adalah jodohku ka tetapkan lah kami ke jalan MU dan jika benar dia adalah bukan untukku kau pisahkanlah kami dengan cara yang baik amin 


Teguhkan iman di jiwa kerana iman akan membentuk peribadi yang mulia ada kebenaran yang terlalu pahit untuk di terima namun di sebalik kepahitan itu ada hikmah yang tersembunyi bersabar dan bertaqwalah allah sentiasa bersamamu . 

AYAT AYAT CINTA



AYAT AYAT CINTA


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati terkisah ku  di antara cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
Maapkan bila ku tak sempurna cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat ayat cinta bercerita cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta ketika ku bersujud

Assalamualaikum diariku ,

Lagi sehari dah nak raya hurm semua dah balik rumah kak long abg mior and adik hepy sangat hilang kesunyian kat rumah selama nie Alhamdulillah amin J tapi dalam gembira macam nie aku rasa sedih sangat entah la aku tak tahu nak mule dari mana sejak aku kenal sampai sekarang aku tetap sabar tetap mintak maap kalau aku ada buat salah

Yelah kita kadang di atas kadang di bawah sedangkan suami isteri boleh bercerai apa kan lagi pasangan bercinta macam nie bila di kenang balik macam macam dugaan and jalan hidup aku lalui ada yang manis ada yang pahit ada jugak yang terlalu susah untuk terima tapi aku redha atas semua yang terjadi ia dapat jadikan aku kuat and tabah macam sekarang L tak semua orang bole lalui semua yang aku lalui

Memang orang boleh cakap :
PAST IS PAST AUNIE MOVE ON !

Tapi orang bukan di tempat aku! orang bukan yang rasa semua nie!

Macam aku pernah cakap sebelum nie bukan semua orang boleh terima kita seadanya aku pun manusia biasa aku bukan malaikat aku bukan nabi aku pun pernah buat silap aku hanya seorang wanita yang ade kisah silam and tak ada apa apa yang ada kat aku

Mungkin aku nie terlalu bodoh sebab orang lain aku cepat maapkan aku cepat sayangkan aku cepat terima seadanya aku tak reti nak marah yang aku tahu nangis je yang dapat legakan hati aku nie aku tak dapat nak jadi orang bukan auni yang sebenarnya lawan balik dengan apa yang menimpa aku

Aku cume nakkan kebahagiaan aku tak pernah terfikir macam mana orangnya hanya seorang manusia yang dapat menjaga aku membimbing aku and menerima aku seadanya tu sahaja aku tak pernah mintak kat tuhan di jodohkan dengan siapa sebelum nie mana yang allah berikan kepada aku aku terima sedanya dengan hati yang ikhlas aku cinta and sayangkan manusia itu

Biarlah tak ada siapa yang tahu biarlah aku rendahkan diri aku di depan kawan kawan dia biarlah aku tempoh segalanya di hati jika ini yang akan memberi kebahagiaan yang tak terhingga dihadiahkan oleh allah untuk aku hanya allah aku dan dia aku redha ya allah

Kuatkanlah hatimu tabahkanlah hatimu auni semoga allah makbulkan segala yang tersirat di hatimu insyaallah hanya kepada MU tempat aku mengadu ya allah

Bila gagal bangkitlah bila kecewa bersabarlah bila terluka belajarlah untuk senyum kembali bila hilang harapan berdoalah memohon ketabahan .


Monday 21 April 2014

ALASAN ATAU TAKDIR

AlASAN ATAU TAKDIR HIDUP 

Dah lama tak meluahkan rasa terbuku kat blog tercinta assalamualaikum wahai diariku

Mungkin apa yang  segala yang tersirat ini dapat diluahkan dengan cara macam nie aku tak tahu kat mana aku nak mengadu kat mana aku nak bercerita rasa malu sedih hampa marah duka semua ada mungkin ini alasan atau takdir atau ujian yang perlu aku tempoh dari yang maha ESA

Kenapa ko tak macam laki lain ? kenapa hati aku kadang kadang ade menyebut nama ko ? kenapa ko lelaki yang perlu aku sayang ? kenapa ko tak pernah nak cari aku balik ? kenapa ko jadikan aku habis madu sepah dibuang ? kenapa ? kenapa ?

Setiap kali bercakap teringat pasal ko aku mesti nanges sampaikan kawan aku tanya kenapa ko gaduh ke? Padahal dorang tak tahu pun aku nanges untuk ko aku sedih sebab ko bukannya laki lain
Apa salah diri ini hingga diperlakukan begitu hidup aku nampak tenang nampak hepy selalu gelak senyum tapi tak de siapa yang tahu apa yang terjadi masa silam aku tak de siapa yang tahu apa yang terbuku di hati ini

Aku tak tahu nak buktikan dekat orang yang aku nie kuat and tabah nak hadapi semua benda nie setiap kali dengar lagu sedih sedih mesti aku ingat balik apa yang jadi dulu sampaikan sekarang nie aku jadi orang yang tak kan mengemis cinta lelaki lagi biarlah apa jadi pun aku tak nak jadi macam dulu bukan sebab aku buat macam tu aku tak sayang tapi cukuplah aku rendahkan harga diri aku untuk seorang lelaki dulu

Pada aku sekarang nie mana mana lelaki yang sanggup jumpa ayah ibu aku itulah yang akan aku pertahankan sepenuh hati aku akan aku serahkan segala kesetiaan kejujuran dan keikhlasan hati kadang kadang dengan apa yang kita pilih tak semestinya menjadi hal milik kita selamanya mungkin ALLAH itu tahu apa jalan yang terbaik untuk hambanya



Saturday 23 March 2013

PEDOMAN HIDUP



NASIHAT UNTUK CALON ISTERI

Jagalah kemuliaanmu . Jangan pernah kamu menyakiti ayah dan ibumu . Bila kamu berkahwin , maka hormatilah suamimu dan hargailah ucapannya . Jaga kehormatan suamimu kerana engkau adalah laksana pakaian baginya yang mampu menampakkan kebaikannya dan menutupi kekurangannya . Pergunakanlah waktu kedatangannya dari pekerjaannya . Jadilah seseorang yang menyenangkan dengan senyum dan kasih sayangmu padanya . Jangan pernah kau durhaka pada suami dalam keadaan apa pun , khususnya di masa dia sedang dalam keadaan susah . Ingatlah WANITA DIKATAKAN GOLONGAN PALING MUDAH MENDAPATKAN SYURGA sekali gus PALING MUDAH MENDAPATKAN BAHAGIAN NERAKA . Mudah baginya memasuki syurga kerana dia hanya perlu berbuat kebaikan dan taat kepada suaminya dan mudah baginya mendapat balasan neraka apabila dia menderhakai serta menghina suaminya sendiri . Oleh kerananya , peluang inilah yang harus kau rebut dengan taat dan menghargai suamimu . Keras kepala dari kedua belah pihak hanya dapat diselesaikan dengan keputusan hubungan suami isteri dan itu sangat tidak baik untukmu.Perlakuan keluarganya dengan semua yang baik . Hormatilah ibunya dan ketahuilah bahawa dia tetap menjadi ibunya walaupun dia kini telah menjadi suamimu . ALLAH telah mewajibkan suamimu untuk tetap taat kepada ibunya dan mencintainya dengan tulus sebagaimana kelak anak keturunanmu pun diwajibkan hal yang sama terhadapmu . Hormati pula ayahnya dan jadikanlah dia laksana ayahmu .Anak-anakmu adalah bahagian dari tubuh dan darahmu . Jadikanlah prioriti utamamu untuk menjaga mereka dengan penuh kasih . Jadikanlah pula mereka generasi yang bahagia dan mencintai negerinya dan keluarganya . Engkau adalah ratu di rumahmu dan engkau mengendalikan kerajaan kecil di rumahmu . Kerananya kau siapkanlah kemampuan hingga kau mampu menanggung amanah tersebut dan  kau pun kelak mendapat keredaan ILLAHI . INSYAALLAH :)


NASIHAT UNTUK CALON SUAMI 

Jadilah kau raja di rumahmu . Cintailah isterimu dengan tulus dan jadikanlah dia sebagai ratumu . Buat dia bangga menjadi permaisuri di kerajaanmu dengan berlandaskan cinta kasih dan ketaatan kepada ALLAH . Berikanlah dirinya makanan yang cukup dan persembahkan untuknya berbagai jenis pakaian . Belikan untuknya minyak wangi kerana wanita menyukai minyak wangi . Buatlah dirinya bahagia selama kau hidup dan berilah nafkah yang baik dan halal untuk isteri dan anak-anakmu . SESUNGGUHNYA SEORANG ISTERI LAKSANA CERMIN BAGI SUAMINYA DAN MENJADI BUKTI AKAN APA YANG DIUSAHAKAN DALAM MENCAPAI KEBAHAGIAAN ATAUPUN KESENGSARAAN . Engkau adalah laksana pakaian baginya yang mampu menampakkan kecantikan diri dan peribadinya serta menutupi setiap kekuranganmu . Jangan terlalu keras dalam rumah tanggamu kerana isteri diciptakan dari tulang rusukmu , bahagian dari dirimu . Tulang rusuk berada di tempat yang terlindung sehingga isterimu pun ada untuk kau lindungi . Sebagaimana tulang rusuk yang bengkok , berwasiatlah yang baik terhadap isterimu kerana jika engkau keras dalam meluruskan maka ia akan patah dan jika engkau biarkan maka selamanya ia akan bengkok . Engkau adalah iman dan pemimpin dalam keluarga sehingga berilah contoh yang baik . Sikap lemah lembut akan mampu menggetarkan hati wanita di saat ia melakukan suatu kesalahan ataupun saat ia melakukan suatu perbuatan buruk . Berikanlah apa pun yang diinginkan selama kau mampu mewujudkannya . Berikan pula padanya kesenangannya sehingga ia pun akan menyenangkanmu dan membuatmu bahagia . Bila tidak demikian maka hidupmu akan hancur berantakan . Dekatkan dirimu kepadanya dan panggillah dirinya dengan panggilan yang menyenangkan . Ingatlah , SEBAIK APA PUN ISTERI YANG ALLAH KIRIMKAN UNTUKMU , KALAU FIKIRAN SIBUK MEMBAYANGKAN TENTANG KEKURANGANNYA MAKA  ENGKAU AKAN DAPATI KEKURANGAN DAN KEBURUKAN SEBANYAK YANG ENGKAU SANGGUP MENCATATNYA . AKAN TETAPI JIKA ENGKAU MENYIBUKKAN DIRI MELIHAT KELEBIHANNYA DAN KEBAIKANNYA , MAKA ENGKAU AKAN DAPATI KEBAIKAN SEBANYAK YANG ADA PADA DIRINYA DAN ITU AKAN MEMBAHAGIAKAN HIDUPMU . Oleh kerana itu , hormatilah dirinya dan tunjukkanlah kasih sayangmu yang konsisten .

KATA-KATA UNTUK  KITA JADIKAN PRINSIP HIDUP  SEBAGAI SEORANG MANUSIA :)
 

Sunday 10 March 2013

BUKU INI




YA ALLAH AKU TAK INGIN SENDIRI

CINTA ITU IBARAT AIR MATA DAN TANGAN TATKALA AIR MATA ITU TURUN TANGAN ADA UNTUK MENYAPU..CINTA ITU IBARAT ORANG BUTA YANG ZAHIRNYA TAK DAPAT DI LIHAT TAPI BATINNYA DAPAT DI RASA..CINTA ITU JUGA IBARAT NOVEL SETIAP EPISODNYA  ADA INDAH,,GEMBIRA,SUKA,DUKA,GILA  DAN PELBAGAI RASA YANG TAK DAPAT DI UNGKAP..INILAH ANUGERAH TAK TERNILAI DI BERI UNTUK SEORANG MANUSIA HANYA HATI YANG TULUS DAPAT MERASAI BETAPA BERMAKNANYA SEBUAH CINTA


Di suatu petang yang tenang dan indah tiba-tiba tangan aku terasa laju ingin menaip dan meluahkan sesuatu yang aku rasa aku nak sangat luahkan


Assalamualaikum pembuka kata 

nie lah bukunya :)

Buku ini aku beli sempena dapat vaucer 1 MALAYSIA kahkah ! masa aku masuk kedai POPULAR kat PARADE tempat yang selalu GENG JKR aku lepak bila kami bosan masuk punya masuk pilih punya pilih tiba-tiba aku tertarik dengan satu buku yang cukup menarik perhatian aku


Tajuknya YA ALLAH AKU TAK INGIN SENDIRI dari BURHAN SODIQ sebuah buku motivasi yang memberi seribu satu erti yang cukup mendalam bagi seorang wanita ataupun seorang manusia serta banyak memotivasikan diri supaya redho dan terima dengan takdir yang di tentukan oleh ALLAH 


Dalam buku nie sebenarnya ada benda yang tertarik untuk aku kongsikan di sini perkara yang aku rasa tak semua orang pernah ambil tahu tentang


 KENAPA TUHAN JADIKAN WANITA ITU ISTIMEWA


Jawapannya :

Dia yang di ambil dari tulang rusuk . Jika Tuhan menyatukan dua orang yang berlawanan sifatnya , maka itu akan menjadi saling melengkapi . Dialah penolongmu yang sepadan , bukan teman ketika terdesak yang sepadan . Ketika pertandingan dimulakan , dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu . Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas dari tanganmu . Dialah yang akan menutupi kekuranganmu .Dia ada untuk melengkapi yang tidak ada dalam lelaki : perasaan , emosi , lemah lembut ,keindahan , kecantikan ,rahim untuk melahirkan , menguruskan hal-hal rumah tangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal itu , dialah yang akan menyelesaikan bahagiannya…sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalankan sisa hidupmu…kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu . Jika ada makhluk yang sangat berlawanan dengan sifat lelaki itulah perempuan . Jika ada makhluk yang sanggup menakluki hati hanya dengan sebuah senyuman , itulah perempuan . Dia tidak perlu hujah yang hebat daripada seorang lelaki…tetapi dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi , tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi . Dia tidak tertarik kepada fakta-fakta yang tepat . Bahasa yang teliti dan logik yang dapat di sampaikan secara lengkap daripada seorang lelaki . Tetapi yang dia perlukan adalah perhatiannya…Kata-kata yang lembut…Ungkapan-ungkapan sayang yang mudah…Namun baginya sangat bererti hingga membuatnya aman di dekatimu…Batu yang keras dapat terkikis habis oleh air yang mengalir . Sifat lelaki yang keras terimbangi oleh kelembutan perempuan . Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai di bandingkan dengan pohon yang besar dan rendang . Seperti juga di dalam kelembutannya , di situlah terletaknya kekuatan dan ketahanan yang membuatnya dapat bertahan dalam situasi apapun . Dia lembut bukan untuk di pijak . Rumput yang lembut akan di naungi oleh pohon yang kukuh dan rendang. Jika lelaki berfikir tentang perasaan wanita , itu selama dari hidupnya . Namun jika perempuan berfikir tentang perasaan lelaki, hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya . Kerana perempuan di ciptakan dari tulang rusuk lelaki . Kerana perempuan adalah sebahagian dari lelaki . Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya, akan menjadi bahagian dari hidupmu . Keluarganya akan menjadi keluarga barumu . Keluargamu akan menjadi keluarganya juga . Sekalipun dia jauh dari keluarganya , namum ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir dan di besarkan di sana. Kerana mereka dia menjadi seperti sekarang ini . Perasaannya terhadap keluarganya , akan menjadi bahagian dari perasaanmu juga. Kerana kau dan dia adalah satu . Dia adalah dirimu yang tidak ada sebelumnya . Ketika pertandingan di mulai , pastikan dia ada di bahagian yang sama denganmu . 

Dari apa yang aku baca nie aku tahu betapa mulianya menjadi seorang wanita aku bersyukur pada ALLAH kerana di ciptakan sebagai seorang wanita kerana wanita lah kekuatan untuk segalanya dari fizikal hanyalah nampak lemah tetapi dari batinnya dialah yang paling kuat


Oleh itu , hargailah seseorang wanita itu sebelum dia pergi dari hidup kita kelak kita akan tahu juga betapa bermaknanya wanita itu pada kita



Thursday 7 March 2013

HARI WANITA !



SELAMAT HARI WANITA



YA ALLAH MENGAPA WANITA MENANGIS ??



JAWABNYA : kerana wanita itu unik !


Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa

Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya

Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman

Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia

Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah

Ku beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apa pun

Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau di khianati oleh teman

Walau di sakiti oleh orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat tapi jika saat ia menangis itu kerana

KU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru


WANITA…KAMU SUNGGUH ISTIMEWA



aku lah seorang wanita :)