Saturday 9 August 2014

AYAT AYAT CINTA



AYAT AYAT CINTA


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati terkisah ku  di antara cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
Maapkan bila ku tak sempurna cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat ayat cinta bercerita cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta ketika ku bersujud

Assalamualaikum diariku ,

Lagi sehari dah nak raya hurm semua dah balik rumah kak long abg mior and adik hepy sangat hilang kesunyian kat rumah selama nie Alhamdulillah amin J tapi dalam gembira macam nie aku rasa sedih sangat entah la aku tak tahu nak mule dari mana sejak aku kenal sampai sekarang aku tetap sabar tetap mintak maap kalau aku ada buat salah

Yelah kita kadang di atas kadang di bawah sedangkan suami isteri boleh bercerai apa kan lagi pasangan bercinta macam nie bila di kenang balik macam macam dugaan and jalan hidup aku lalui ada yang manis ada yang pahit ada jugak yang terlalu susah untuk terima tapi aku redha atas semua yang terjadi ia dapat jadikan aku kuat and tabah macam sekarang L tak semua orang bole lalui semua yang aku lalui

Memang orang boleh cakap :
PAST IS PAST AUNIE MOVE ON !

Tapi orang bukan di tempat aku! orang bukan yang rasa semua nie!

Macam aku pernah cakap sebelum nie bukan semua orang boleh terima kita seadanya aku pun manusia biasa aku bukan malaikat aku bukan nabi aku pun pernah buat silap aku hanya seorang wanita yang ade kisah silam and tak ada apa apa yang ada kat aku

Mungkin aku nie terlalu bodoh sebab orang lain aku cepat maapkan aku cepat sayangkan aku cepat terima seadanya aku tak reti nak marah yang aku tahu nangis je yang dapat legakan hati aku nie aku tak dapat nak jadi orang bukan auni yang sebenarnya lawan balik dengan apa yang menimpa aku

Aku cume nakkan kebahagiaan aku tak pernah terfikir macam mana orangnya hanya seorang manusia yang dapat menjaga aku membimbing aku and menerima aku seadanya tu sahaja aku tak pernah mintak kat tuhan di jodohkan dengan siapa sebelum nie mana yang allah berikan kepada aku aku terima sedanya dengan hati yang ikhlas aku cinta and sayangkan manusia itu

Biarlah tak ada siapa yang tahu biarlah aku rendahkan diri aku di depan kawan kawan dia biarlah aku tempoh segalanya di hati jika ini yang akan memberi kebahagiaan yang tak terhingga dihadiahkan oleh allah untuk aku hanya allah aku dan dia aku redha ya allah

Kuatkanlah hatimu tabahkanlah hatimu auni semoga allah makbulkan segala yang tersirat di hatimu insyaallah hanya kepada MU tempat aku mengadu ya allah

Bila gagal bangkitlah bila kecewa bersabarlah bila terluka belajarlah untuk senyum kembali bila hilang harapan berdoalah memohon ketabahan .


No comments:

Post a Comment