Saturday 9 August 2014

SABAR ITU INDAH


SABAR ITU INDAH

Assalamualaikum wahai diariku ,

Ya allah tuhan ku kau tunjukkanlah aku ke jalan yang benar kau tunjukkanlah aku keputusan yang baik untuk hidupku ini ya allah kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menempoh semua ini sesungguhnya engkau tahu apa yang terbaik untuk hidupku jika tangisan ini yang akan memberikan kebahagiaan di masa akan datang aku redha ya allah

Selama ini aku cukup kuat untuk menempuh apa jua keadaan yang terjadi aku jatuh dan lemah suatu ketika dulu tapi aku tetap bangun bangun dan terus bangun apa jua yang aku hadapi aku telan walau pun pahit walau pun perit walau pun susah tak ada siapa yang tahu apa yang tersirat di hati ini hanya senyuman yang terukir di mata mereka tetapi dalam diam aku menangis mengenangkan apa yang terjadi

Aku hanya wanita biasa yang hanya dahagakan kebahagiaan kasih sayang aku tahu aku banyak kelemahan banyak kesilapan pada suatu ketika dulu aku bodoh dalam mengenal erti cinta erti sayang aku juga bukan wanita yang baik segalanya aku simpan dan sampai bila bila tak akan aku lupa

Aku tak tahu macam mana aku nak mulakan macam mana aku nak cakap macam mana aku nak jujur aku takot dan aku malu tapi bile aku tak cakap tak jujur hati aku selalu tertanya dan rasa  bersalah aku akan terdiam and aku akan fikir segala salah salah aku selama nie adakah aku nie langsung tak layak ? adakah aku nie bukan yang terbaik ? aku tak tahu macam mana lagi nak tutup segala kekurangan aku and bahagiakan orang yang aku sayang

Sepanjang hari aku asyik berfikir adakah ini yang terbaik untuk aku dan dia ? adakah ini yang patut aku terima setelah aku bersabar walau hinaan dan penipuan yang di beri sebelum ini ? walau apa pun dia buat aku tetap maafkan dengan seikhlas hati aku and aku tetap terima dengan redha

Aku merendah diri bila di ketuk mengenai ex ex dia semuanya lawa lawa dan bukan calang calang perempuan bila dia cerita aku rasa malu dan aku terfikir adakah dia pun malu juga dengan aku sebab aku nie tak ada rupa ? sampaikan aku rasa aku tak nak siapa siapa pun kawan kawan dia yang tahu takot takot dia malu

Aku terima dia seadanya baik buruk dia walau pe jua keadaan dia dahulu dan sekarang bukan sebab aku sayang bukan sebab cinta tapi sebab memang sejak kami kenal aku dah terima dia seadanya semoga allah beri kekuatan atas semua ini aku percaya apa yang rancangkan adalah terbaik untuk aku dan ada hikmah di sebalik apa yang terjadi

Ya allah ampunilah segala dosa dosa ku sesungguhnya aku tahu aku tak layak untuk syurgamu engkau ampunilah dosa dosa ku terimalah taubatku ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku tunjukkanlah aku ke jalan yang benar jika dia benar adalah jodohku ka tetapkan lah kami ke jalan MU dan jika benar dia adalah bukan untukku kau pisahkanlah kami dengan cara yang baik amin 


Teguhkan iman di jiwa kerana iman akan membentuk peribadi yang mulia ada kebenaran yang terlalu pahit untuk di terima namun di sebalik kepahitan itu ada hikmah yang tersembunyi bersabar dan bertaqwalah allah sentiasa bersamamu . 

No comments:

Post a Comment